Ahad, 18 November 2012

Fakta Sains Mengenai Bumi

 

1.Bumi (bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk
   sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.

2.Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di
   dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa
   planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di  
   permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600
   juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

3.Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung  
   permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas.
   Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya
   dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera,
   Termosfera, dan Eksosfera.
 

1 ulasan: