RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGAJARAN MAKRO
Tarikh/Hari: 10.10.2012/ Rabu
Kelas : 4 Elit Masa : 8.15 – 8.45 pagi
M/Pel : Sains
Bil.Pelajar: 20 orang
Tajuk : Konduktor atau Penebat
Objektif : Pada
akhir P&P, murid dapat:-
1)Menamakan
bahan konduktor dan penebat haba.
2)Membezakan
antara bahan penebat dengan bahan konduktor haba.
3)Menyenaraikan
contoh objek penebat dan konduktor haba
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mengetahui
bahawa bahan logam adalah konduktor.
Konsep :
Konduktor haba yang baik juga adalah konduktor elektrik yang baik.
Bahan : air panas,bikar, paku besi, klip kertas,
duit syiling, straw,gelang getah, skru
pemadam dan pen.
Nilai : Bekerjasama , bertolak ansur
Kemahiran :
Kognitif (Kemahiran Proses
Sains) – berkomunikasi,memerhati,
mengelas
Psikomotor( Kemahiran
Manipulatif Sains) – mengendalikan bahan konduktor dan penebat dengan
berhati-hati supaya tidak berlaku kecederaan.
Sosial – bekerjasama, bertolak
ansur
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(5 min)
|
Mengingat semula tentang
bahan dan ciri-ciri bahan
|
1.Guru mengulang kaji topik yang lalu dengan
bersoal jawab dengan murid tentang bahan dan ciri-cirinya
|
1. Murid beri respon terhadap soalan guru
dengan mengingat semula.
|
KPS:-
Komunikasi
Nilai:-
Bertolak ansur
Menghormati
|
Perkembangan 1
Pencetusan Idea
(8 min)
|
Membezakan antara konduktor
atau penebat
|
1)Guru masukkan 2 jenis sudu
ke dalam air panas.
a)Sudu plastik –
Bikar A.
b)Sudu logam –
Bikar B.
2)Guru minta murid meramal
keadaan sudu selepas direndam ke dalam air panas.
2)Murid diminta sentuh
kedua-dua sudu tersebut dengan berhati-hati.
3)Guru bersoal
jawab:-
a)Apa yang kamu rasa pada
sudu plastik dan sudu logam setelah ia direndam ke dalam air panas?
b)Mengapa?
4)Berdasarkan jawapan murid,
guru buat peneguhan dan kaitkan tajuk pada hari ini iaitu ”Konduktor atau
Penebat”.
5)Guru minta murid senaraikan
secara lisan beberapa objek konduktor
dan penebat yang terdapat dalam kehidupan seharian mereka.
|
1)Murid ramal keadaan sudu.
2)Murid sentuh sudu tersebut dengan arahan guru.
2)Murid beri respon terhadap soalan guru.
5)Murid senaraikan beberapa objek konduktor dan penebat secara lisan
|
KPS:-
Berkomunikasi,
Meramal,
Nilai:-
Bekerjasama, Bertolak ansur,
Mengikut arahan.
|
Perkembangan 2
Penstrukturan Semula Idea
(12 min)
|
Mengenal pasti dan mengelas objek
berupa konduktor atau penebat.
|
1)Guru memberi arahan kepada
murid kaedah menjalankan eksperimen.
2)Setiap kumpulan dibekalkan
dengan beberapa objek logam dan bukan logam.
3)Guru minta murid masukkan
objek-objek tersebut ke dalam air panas
dalam kiraan 20 dan menyentuh
objek-objek itu untuk mengetahui hasilnya.
4)Guru minta murid catat
hasil eksperimen ke dalam borang yang diedarkan.
5)Wakil setiap kumpulan
diminta membentang hasil dapatan mereka.
6)Guru buat rumusan.
|
1)Murid mendengar penerangan
guru.
2)Murid jalankan eksperimen
dalam kumpulan.
3)Murid catat hasil dapatan
kumpulan.
4)Wakil kumpulan bentang
hasil dapatan mereka.
|
KPS:-
Menjalankan eksperimen,
mengelas.
KM:-
Mengendalikan radas dengan
baik.
Nilai:
Bekerjasama
|
Penutup
Membuat Rumusan
(5Min)
|
Membuat kesimpulan bahawa bahan logam adalah
konduktor haba
yang baik.
|
1)Guru beri soalan kuiz
secara bertulis kepada semua murid.
2)Guru bincang jawapan dengan
murid.
3)Guru merumus dan membuat kesimpulan pelajaran.
|
1)Murid jawab soalan kuiz
secara individu.
2)Murid semak jawapan bersama
guru.
|
Pentaksiran terhadap
kefahaman murid
|
BORANG PEMERHATIAN
Tulis
jawapan yang betul berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan.
OBJEK
|
KONDUKTOR/PENEBAT
|
PANAS/SEJUK
|
Paku Besi
|
||
Straw
|
||
Duit Syiling
|
||
Pemadam
|
||
Klip Kertas
|
||
Pen
|
||
Gelang Getah
|
||
Skru
|
SOALAN KUIZ
1.Apakah
yang dimaksudkan dengan konduktor?
A) Bahan yang mengalirkan haba atau
elektrik.
B) Bahan yang mengalirkan air
C) Bahan yang mengalirkan minyak.
2 .Bahan
terbaik bagi konduktor haba atau elektrik ialah….
A) Getah B) Kayu C)logam
3
.Berikan 3 contoh objek konduktor
i)………………………
ii)……………………….
iii)………………………..
4.
Apakah yang dimaksudkan dengan penebat?
A)
Bahan yang tidak mengalirkan elektrik
atau haba.
B) Bahan untuk mencuci.
C) Bahan untuk membakar
5. Berikan 4 contoh objek penebat.
i)…………………………………………….
ii)…………………………………………….
iii)…………………………………………….
iv)…………………………………………….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan