Dunia Sains dan Teknologi


 

  FALSAFAH SAINS

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. 







KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

xscience.jpg (89657 bytes)

Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan.
  • Pemerhatian: proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains
  • Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya
  • Menggunakan nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek
  • Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai
  • Pengukuran: proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains
  • Membuat inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi
  • Membuat ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku. 


KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS
  • Kemahiran Manipulatif Sains merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid :
    • menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
    • menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
    • membersihkan peralatan sains dengan betul.
    • mengendalikan spesimen dengan cermat.
    • melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
     
    Elemen Merentas Kurikulum
    Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

    Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

    Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.



      


Tiada ulasan:

Catat Ulasan