Blog Cikgu Anita
Jumaat, 7 Disember 2012
Ahad, 18 November 2012
Fakta Sains Mengenai Bumi
1.Bumi (bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga
daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk
sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.
sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.
2.Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi
juga merupakan satu-satunya tempat di
dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa
planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di
permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600
juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

3.Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang
dipanggil magnetosfera yang melindung
permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas.
Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya
dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera,
Termosfera, dan Eksosfera.

Langgan:
Catatan (Atom)