Sekapur Sirih



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang budiman. Selamat datang ke blog saya. Untuk pengetahuan anda, blog ini merupakan yang pertama daripada saya. Melalui tugasan ini, secara tidak langsung saya telah mengambil peluang untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam bidang IT.

Sebagai tenaga pengajar yang menjadi idola dan contoh kepada anak-anak kecil, adalah penting untuk kita memperlihatkan fungsi positif dunia IT kepada mereka. Justeru, dengan kewujudan blog ini saya berharap agar dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama anda semua. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan sila kemukakan di ruangan komen. Insyaallah saya akan cuba memperbaiki blog ini dari masa ke masa. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia mengikuti blog ini.

Kalau ada sumur di ladang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
     Boleh kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan