Selasa, 16 Oktober 2012

Pembudayaan ICT di SK Matang Jelutong


Fakta Sains Mengenai Haiwan

                                                                                                                                                                  
1. Kucing mungkin akan sakit atau mati sekiranya anda memberi ia makan coklat.

2.  Kucing sebenarnya lebih suka berbaring daripada tidur. Ia hanya akan betul-betul tidur apabila
     mendapat ketenangan yang secukupnya ketika ia berbaring.

3.    Mata adalah merupakan satu deria yang paling sering digunakan oleh kucing sebagai satu
     hubungan komunikasi terhadap kucing lain ataupun penjaga mereka.

 4.   Kucing tidak memahami sebarang bentuk hukuman sebagaimana manusia. Sebaliknya mereka
      perlu dipuji atau diberi ganjaran apabila melakukan sesuatu perkara yang diingin

5.     Memberi kucing anda memakan daging mentah sekurang-kurangnya sekali sehari dapat
      membantu untuk memelihara gusi dan menguatkan lagi gigi mereka.

6.    Misai kucing berguna untuk mengesan jarak lorong atau ruang tempat yang mereka lalui,
      sekiranya dua-dua hujung misai bertemu dinding, maka, kucing akan tahu bahawa tempat itu
      sempit.

7.      Kucing mempunyai memori yang dalam sehinggakan tempat asal penjaganya mampu diingati
      walaupun berada jauh atau lama ditinggalkan.

Ahad, 7 Oktober 2012

Fakta Sains Tentang Tumbuhan


  1. Sesetengah tumbuhan seperti perangkap lalat Venus adalah karnivor (pemakan daging). Ia mendapat nutrien dengan memakan serangga kecil dan labah-labah.
  2. Dengan menggunakan tenaga daripada cahaya matahari, tumbuhan menukarkan karbon dioksida kepada makanan melalui proses fotosintesis.
  3. Baja tumbuhan mengandungi bahan kimia yang dapat membantu pertumbuhan pokok. Bahan penting yang terkandung dalam baja termasuklah nitrogen, fosforus dan kalium.
  4. Bunga yang terbesar di dunia ialah Rafflesia. Ia boleh berkembang sebesar tiga kaki dan mempunyai berat sebanyak 24 paun dan hanya terdapat di Asia  Tenggara.
  5. Cili yang sangat pedas mengandungi lebih banyak kapsikin. Kapsikin digunakan dalam perubatan untuk menyembuhkan penyakit seperti artritis, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko kanser prostat. 





Fakta Sains Tentang Manusia



  1. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  2. Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. 
  3. Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.
  4. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
  5. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.